;

NOTIS PRIVASI SEHUBUNGAN AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010



Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan untuk mengawal selia pemprosesan data dalam transaksi komersial. Akta ini, yang merangkumi semua syarikat-syarikat dan firma-firma yang ditubuhkan di Malaysia, mewajibkan kami memaklumkan anda berkenaan hak-hak anda berkaitan data peribadi anda yang sedang diproses atau yang akan dikumpulkan dan yang akan diproses oleh pihak kami serta maksud- maksud bagi pemprosesan data tersebut. Akta ini juga mewajibkan kami mendapatkan persetujuan anda terhadap pemprosesan data peribadi anda.



Anda dimaklumkan bahawa data peribadi dan maklumat selainnya (secara keseluruhan, “Data Peribadi”) yang diberikan kepada RAKU dan Astro Radio Sdn Bhd (“Astro Radio”) bakal digunakan dan diproses oleh Astro Radio bagi maksud-maksud berikut:-



a) mempertimbangkan permohonan anda untuk mendaftar bagi penggunaan Laman Web dan/atau Perkhidmatan kami;
b) mempertimbangkan permohonan langgaran anda;
c) mempertimbangkan penyertaan anda dalam rancangan dan/atau pertandingan yang dikelolakan dan/atau diterbitkan oleh Astro Radio, perbadanan-perbadanan berkaitan atau rakan-rakan perniagaan kami dan untuk mentadbirkan penyertaan anda di dalam rancangan dan/atau pertandingan tersebut;
d) untuk berhubung dengan, dan memberi khidmat kepada, anda;
e) untuk memproses transaksi-transaksi pembayaran;
f) menjawab pertanyaan-pertanyaan anda;
g) melaksanakan kegiatan-kegiatan dalaman;
h) tinjauan pasaran dan analisis kecenderungan;
i) untuk memberi anda maklumat tentang produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan Astro Radio, perbadanan-perbadanan berkaitan dan rakan-rakan perniagaan kami;
j) kegiatan-kegiatan perniagaan Astro Radio selainnya yang sah; dan/atau
k) maksud-maksud selainnya seperti yang termaktub di dalam Terma-Terma dan Syarat-Syarat Lazim Penguunaan.

(secara keseluruhan, “Maksud-Maksud”)

Seterusnya, sila maklum bahawa sekiranya diperlukan bagi mana-mana Maksud-Maksud yang dinyatakan di atas, Data Peribadi anda mungkin dihantar ke lokasi-lokasi di luar Malaysia atau dizahirkan kepada perbadanan berkaitan, pemegang lesen, rakan perniagaan dan/atau pemberi khidmat, yang mungkin berada di dalam atau luar Malaysia. Selain dari yang dinyatakan di sini, Data Peribadi anda tidak akan, dengan sedarinya, dipindahkan ke mana-mana tempat di luar Malaysia atau dizahirkan ke mana-mana pihak ketiga.

Bagi membolehkan kami memproses Data Peribadi anda, persetujuan anda diperlukan. Sekiranya anda tidak memberi persetujuan berkenaan, kami tidak dapat memproses Data Peribadi anda bagi mana-mana Maksud-Maksud yang dinyatakan di atas dan permohonan anda untuk menggunakan Laman Web dan/atau Perkhidmatan kami, menyertai rancangan dan/atau pertandingan berkenaan tidak dapat kami pertimbangkan.

Sehubungan dengan pemasaran langsung, anda boleh meminta Astro Radio secara notis bertulis (seperti yang diperuntukkan di dalam perenggan seterusnya) agar tidak memproses Data Peribadi anda bagi mana-mana Maksud-Maksud berikut: (i) pengiklanan atau pemasaran menerusi telefon produk atau perkhidmatan Astro Radio perbadanan-perbadanan berkaitan atau rakan-rakan perniagaan kami, (ii) mengirim kepada anda menerusi telefon bahan pengiklanan atau pemasaran Astro Radio, perbadanan-perbadanan berkaitan atau rakan-rakan perniagaan kami, (iii) menghantar menerusi emel atau sistem pesanan ringkas (SMS) bahan pengiklanan atau pemasaran Astro Radio, perbadanan-perbadanan berkaitan atau rakan-rakan perniagaan kami; atau (iv) berkomunikasi dengan anda menerusi apa cara sekali pun apa-apa bahan pengiklanan atau pemasaran Astro Radio, perbadanan-perbadanan berkaitan atau rakan-rakan perniagaan kami.

Anda boleh pada bila-bila masa selepas ini mengemukakan pertanyaan, aduan dan meminta akses kepada, dan pembetulan terhadap, Data Peribadi atau menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda dengan menghantar permintaan berkenaan kepada Pegawai Perlindungan Data Peribadi Astro Radio menerusi pos berdaftar atau emel seperti yang dinyatakan di bawah:

Alamat pos:

Pegawai Perlindungan Data Peribadi
Astro Radio Sdn Bhd
Peti Surat 10148
50710 Kuala Lumpur

Alamat emel:

pdpo@astro.com.my

Anda mengakui dan menjamin bahawa anda telah mendapatkan persetujuan pihak-pihak ketiga (misalnya, ahli-ahli keluarga) yang mana data peribadi mereka telah anda zahirkan di dalam borang permohonan penyertaan untuk membenarkan Astro Radio memproses data peribadi tersebut bagi Maksud-Maksud yang dinyatakan. Sekiranya anda berusia bawah 18 tahun, persetujuan perlu diberikan oleh ibu bapa / penjaga anda bagi pihak anda.



PRIVACY NOTICE PURSUANT TO THE PERSONAL DATA PROTECTION ACT 2010


The Personal Data Protection Act 2010 was introduced by the Government to regulate the processing of personal data in commercial transactions. The Act, which applies to all companies and firms that are established in Malaysia, requires us to inform you of your rights in respect of your personal data that is being processed or that is to be collected and further processed by us and the purposes for the data processing. The Act also requires us to obtain your consent to the processing of your personal data.

Please be informed that your personal data and other information (collectively, “Personal Data”) provided to RAKU and Astro Radio Sdn Bhd (“Astro Radio”) may be used and processed by Astro Radio for the following purposes:-

a) assessing your application to register for the use of the Website and/or the Services;
b) assessing your application for subscription;
c) assessing and administering your participation in the programme and/or contest organized and/or produced by Astro Radio, its related corporations or business partners
d) to communicate with, and provide services to, you;
e) to process your payment transactions;
f) respond to your inquiries;
g) conduct internal activities;
h) market surveys and trend analysis;
i) to provide you with information on products and services of Astro Radio, its related corporations and business partners;
j) other legitimate business activities of Astro Radio; and/or
k) such other purposes as set out in the General Terms and Conditions of Use.

(collectively “Purposes”).

Further, please be informed that if required for any of the foregoing Purposes, your Personal Data may be transferred to locations outside Malaysia or disclosed to our related corporations, licensees, business partners and/or service providers, who may be located within or outside Malaysia. Save for the foregoing, your Personal Data will not be knowingly transferred to any place outside Malaysia or be knowingly disclosed to any third party.

In order to process your Personal Data, your consent is required. If you do not consent, we cannot process your Personal Data for any of the above Purposes and we will not be able to consider your application to use and/or subscribe to our Website and/or Services.

In relation to direct marketing, you may request Astro Radio by written notice (in accordance with the following paragraph) not to process your Personal Data for any of the following Purposes: (i) advertising or marketing via phone any product or service of Astro Radio, its related corporations or business partners, (ii) sending to you via post any advertising or marketing material relating to any product or service of Astro Radio, its related corporations or business partners; (iii) sending to you via email or SMS any advertising or marketing material relating to any product or service of Astro Radio, its related corporations or business partners, or (iv) communicating to you by whatever means any advertising or marketing material of Astro Radio its related corporations or business partners.

You may at any time hereafter make inquiries, complaints and request for access to, or correction of, your Personal Data or limit the processing of your Personal Data by submitting such request to the Personal Data Protection Officer of Astro Radio via registered post or email as set out below.

Postal address:

Personal Data Protection Officer
Astro Radio Sdn Bhd
Peti Surat 10148
50710 Kuala Lumpur

Email address:

pdpo@astro.com.my

You represent and warrant that you have obtained the consent of third parties (e.g. family members) whose personal data you have provided in the contestant application form to allow Astro Radio to process the said personal data for the Purposes. If you are below the age of 18, your parent/legal guardian is required to provide consent on your behalf.